$36.00
Ariffbillah Habbatus Sauda
Ariffbillah Habbatus Sauda merupakan produk kesihatan dan makanan tambahan berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Spectrum Technologies And Services (SA0151054-H).
Mengandungi serbuk habbatus sauda Syria yang telah dikisar menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul halal.
Fungsi unik dari Ariffbillah ialah Anti Sihir dengan izin Allah.
Hanyalah makanan tambahan ( supplement dan bukanlah ubat)
Nama lain bagi Habbatussauda ialah Nigella Sativa, Black Seed, Jintan Hitam dan maca-macam lagi.
Kebaikan dan keunikan yang ada dalam Habbatus Sauda adalah:
1. Ianya kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Meningkatkan Sistem Imunisasi Manusia- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine.Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Cara pemakanan Ariffbillah Habbatus Sauda
- Dimakan 2 biji di waktu pagi dan 2 biji di waktu malam sebelum tidur.
- Boleh dimakan ketika perut kosong atau penuh.
- Boleh dimakan sekiranya ada mengambil ubat-ubatan lain atau jamu.
- Boleh dirujuk kepada doktor seandainya perlu.
- Boleh diambil lebih dari dos yang di nyatakan sekiranya sudah biasa dengan pengambilan habbatusauda.
- Boleh diambil kurang dari dos yang di nyatakan sekiranya ingin membina keyakinan diri terhadap produk / bimbangkan kesan sampingan.
Add to Cart
0 comments:
Post a Comment